Penemuan Homeopathy dengan Ajaran Al-Quran ini disusun adalah disebabkan oleh permintaan Anggota Pengasas Perubatan Homepathy Malaysia yang merasakan banyak perkara Pokok Asas Pengajian Perubatan Homeopathy ini dapat dipertemukan dengan Al-Quran dan Hadith Nabi A.S. dari sudut Ilmu dan Sarjana.

Di antara lain, Homeopathy adalah salah satu School of Medicine yang mempunyai prospektusnya sendiri, yang berlainan dengan sistem perubatan tradisi, iaitu Sistem Perubatan Alloypathy yangterkenal dengan perubatan moden.


Oleh sebab kejayaan perubatan homeopathy memusatkan pembelajarannya menerusi cerita VITAL FORCE, yang mempunyai kaitan dengan cara RUH dan memahami secara pasti bahawa Ibu Bibit Penyakit ialah MIASM yang telah berpadu dengan Vital Force. Kefahaman ini boleh menimbulkan KEKELIRUAN bagi mereka yang tidak mengenal Vital Force secara mendalam. Kejahilan mereka mungkin sebab mengenal Homeopathy hanya secara Belajar Cara Pos, atau tidak mempelajari Homeopathy secara menyeluruh. Mereka hanya menyamakan Vital Force dengan Ilmu Batin, atau ilmu keruhanian. Kekeliruan ini telah banyak menimbulkan KECELARUAN kepada pengamal Homeopathy itu sendiri.

Penemuan Homeopathy dengan ajaran Al-Quran ini banyak membawakan contoh Keruhanian yang dimaksudkan oleh Al-Quran, dan Ruhani yang dimaksudkan oleh kefahaman Ilmu Batin yang bercorak orang Ghaib, jin atau orang tengah yang dipuja Jampi. Peranan Vital Force amat berbeza dari yang difahamkan oleh mereka yang suka menyelewengkan keistimewaan Sains dan Falsafah Ilmu Perubatan Homeopathy.

Di antara lain, terdapat lebih dari lima ayat Syifaadi dalam Al-Quran. Setengah dari cara perubatan mendakwa ayat syifaaini boleh merawat semua jenis penyakit. Tidak payah mencari rawatan berbentuk saintifik. Dalam hal ini, ada dijelaskan secara ringkas. Mungkin akan timbul lagi beberapa pakar Homeopathy yang mahir dengan ayat Al-Quran menjelaskan lebih dari yang dicatitkan dalam buku ini. Walaubagaimanapun, buat peringkat sederhana,penjelasan ini bolehlah dijadikanAsas Pembuka Jalan’, mengkaji lebih terperinci.

Banyak cerita Al-Quran dapat dikaji. Bertambah halus kita memahaminya, seolah-olah Ilmu Perubatan Homeopathy ini banyak menimba Ilham dari Al-Quran, dari sudut Ilmunya.

Saya merasa lebih mendalam memahami Vital Force, dan rahsia MIASM, dan memahami Potensi Sensitiviti Individu Pesakit yang begitu peka, setelah memahami Vital Force dan MIASM dari sudut Al-Quran , yang menjelaskan cerita RUH, dan cerita “RIJZAN MINASSAMAI” Bala Bencana Allah diturunkan kepada Keturunan Yahudi yang begitu keras melawan Allah. “RIJZAN” dalam bentuk banjir, kelaparan, taufan, kemarau, Wabak Taun, sakit menular,sakit kusta dan sakit-sakit luar biasa serta sakit-sakit kronik yang menjadi turun temurun. Berjangkit, menurun, dan menular sehingga menjadi turun-temurun dalam bentuk Mental. Timbul keinginan untuk melakukan Persundalan, Pelacuran, Kekejaman, Rakus dan Pembunuhan yang dibuai oleh perasaan rangsangan MIASM menerusi Mental, Emosi, Salah Asuhan, Tekanan Kemajuan, KEBENDAAN, dan Hawa Nafsu.

Bertambah terang dikesan dari Sinaran Al-Quran, bila kita membuat perbandingan, ‘bahawa darah daging bukan orang Islam , banyak mengandungi bibit kotor seperti darah, bangkai, arak dan najis yang menjadi baja kepada penyakit. Orang mukmin pula telah dicaturkan makanan yang baik dan bersih, mempunyai nilai kebersihan yangbermutu. Sudah tentu kekuatan mutu Vital Force mereka berbeza.Tekanan sakit kronik mereka juga berbeza. Kecuali orang mukmin yang tidak mengenal ajaran Kitab Sucinya sendiri. Atau sengaja mengikut hawa nafsunya.’

Dari bandingan tersebut, lebih ketara jika kita bandingkan Kehidupan Para Anbiya dan Saiyidul Mursalin di mana makan, minum dan cara hidup mereka telah dipimpin oleh Jibril. Seperti Hidupnya Nabi Ibrahim. Hidupnya Siti Mariam. Makanannya dibekalkan oleh Jibril. Sudah tentu zuriat mereka terlepas dari kekotoran bencana “RIJZAN MINASSAMAAI”. Malapetaka alam yang diturunkan oleh Allah. Dua cara hidup yang berbeza sekali. Sudah Tentu nilai Vital Force mereka, Pemikiran Para Rasul Terpelihara dan Maksum. Justeru itu, mereka tidak perlu kepada sebarang ubat yang berbentuk sains fizikal.

Hasil daripada pengalaman saya sebagai pengamal Homeopathy,dengan izin Allah, Kerjaya ini telah banyak menemui Penyembuhan menerusi kefahaman tersebut. Saya yakin dan berpendapat, Sarjana Barat telah banyak menyungkil Ilmu dari Al-Quran secara praktikal dan dijadikannya bahan Ilmu Pembangunan Fizikal. Bagi kita orang mukmin, Harus mengenal Al-Quran dari sudut Ilmu , dibangunkan dengan keimanan yang telah lebih dulu menjiwai hidup kita. Muga-muga penulisan ini dapat menjiwai para Pemimpin Homeopathy dan Para Ulama Islam kita, berpadu daya, Ilmu dan Usaha,memperkayakan bahan bacaan yang berunsur Ilmu, Saintifik dan menyemarakkan Neraca Iman yang begitu yakin. Bukan hanya setakat Ilmu Yakin, malah hingga ke Maqam Haqqul Yaqin.

Kepada Allah saya serahkan penulisan ini, muga-muga dapat dimanfaatkan kepada anak-anak cucu saya yang sedang begitu giat mempelajari Ilmu Perubatan Homeopathy dan ingin menikmati Sinaran Al-Quran dalam hal sakit, Syifaa’ , penyambuhan, anatomi,pisiologi dan ilmu kesihatan yang berhubung rapat dengan kehidupan. Muga-muga setiap ilmu yang dipelajarinya menjadi penyelesai TUNTUTAN FARDHU AIN para mukmin yang merasakannya sebagai TUNTUTAN RUHANI.

Wassalam

No posts.
No posts.